4/09/2013 ♥ 1:50 PM // 0 comments
Entah kenapa hari ini rasa rindu menyesakkan terlalu kuat sehingga menyempit ruang dada. Bila benak fikiran ini terganggu, air mata mudah sahaja menjadi peneman. Rindu. Rasa tak tertanggung dek rasa. Sebelum ini laju aku katakan pada hati, ego. lupakan pada dia yang pernah menyakitkan hati sang pujangga. Lazimnya aku akan melarikan fikiran bila teringat si dia. Aku akan menatap baris baris ayat , aku akan menyanyi riang, aku akan melukis namun kali ini aku tewas dan tidak mampu lagi membohongi hati.
Aku rindukan gelakkan tawa bersamanya seperti dulu. Sungguh aku rindukannya. Kasih sayang untuk dirinya jugak aku rindukan. Walapun sejenak kasih itu bertukar rupa menjadi benci, sayang itu masih ada. Tanyalah seberapa banyak sekali pun aku akan katakan sedikit aku sayang.
Tidak tahu bagaimana aku mampu bertahan menjadi sang gelap padanya dlu. Lama. Namun tak siapa yang tahu. Mungkin akal bodoh dan sayang aku waktu itu mengizinkan segalanya. Kerana sayang, lupa dunia. Kerana sayang lupa hakikat diri ini hanya sekadar mainan.
Kalau di tanya mampukan aku menjalaninya kembali? aku tak mampu. Hati ini tidak kuat lagi untuk menerima cela yang sebegitu. Aku lebih rela menjalani hari seorang diri dari rasa di khianati.
Tahukah apa perkara yang paling aku takutkan di dunia ini?
Melihat si dia di dalam keadaan yang lebih bahagia dan menerima tohaman hati, aku sepatutnya berada di situ.
Aku maafkan dia.
Kerana sesungguhnya yang terjadi di langit dan di bumi ada hikmahnya
Cuma, lepaskan lah aku dari bayangan silam
Hilangkanlah segala rasa
itu yang ku mohon.
Malam ini hilang ego aku, menangis juga akhirnya setelah berbulan menahan.
Mungkin ini jalan untuk menjadi lebih lega.
Aku tidak mahu lagi menangis sendiri
aku tidak mahu
:)
◀OlderNewer▶
wallflower
"Standing on the fringes of life offers a unique perspective. But there comes a time to see what it looks like from the dance floor."
-The Perks of Being A Wallflower; Stephen Chbosky.
messages
lovelies
Best viewed in Google Chrome.
Screen resolution: 1024 x 600
Main sources: ▲ ▲ ▲