so here you are in pieces | trying to prove | to us it's real

Buah Kelapa
3/09/2013 1:23 PM // 0 comments


Tahu tak ilmu agama ni sebenarnya macam buah kelapa? hehehe ayah ajar... Dia kata ilmu ni mcm buah kelapa. Mula mula ada kulit, lepas tu tempurung, lepas tu ada isi, lepas tu ada air. Paham tak sebenarnya ilmu ni mcm tu jugak yang kita kene kupas satu persatu sehingga merasa nikmat isi dalamnya

Di Malaysia, pendekatan umum sangat mudah kita dekati. Itu yang kita panggil kulit. Semuanya lebih terdedah paad kulit dari isi. dari seawal tujuh tahun kita diberi buah kelapa, tapi kita tak pernah cuba nak kupas. :) 

Kulit itu di panggil amal dan syariat. Solat, puasa dan lain lain lagi. Tapi sedar tak ia lebih dari itu?

Yang seperti mana aku tahu, Ilmu agama ini berperingkat. Syariat, tarikat, hakikat dan makrifat. Ilmu tasauuf adalah salah satunya bukti betapa dalamnya ilmu agama itu sendiri. Kalau tak percaya, cari buku penulisan dari Indonesia. Buku Al Hikam karya Ibnu Attoillah atau Darunnafis. 

Susah tahu nak jumpa buku buku begini di  Malaysia kerana rakyat Malaysia hanya terdedah dengan kulit buah kelapa. hmmm atau sebenarnya ia akan menjadi isu sensetif pada sesetengah pihak. Terus kena label sesat. 


Bukanlah nak khabarkan aku hebat tahu setiap kedudukan ilmu tapi aku cuma hairan mengapa kita berhenti belajar hanya sekadar tingkatan lima. Sedangkan Rasulullah menerima wahyu pada umur 40 an dan spanjang hidupnya di habiskan dengan berdakwah dan menimba ilmu. Lagi merisaukan bila ada hanya mengingatkan perjuangan Rasulullah dan sahabatnya sekadar sejarah. 

Ia lebih dari itu. Ia lebih dari itu. 
Aku yakin ada segolongan hambaNya terpilih untuk menerima ilmu agamaNya namun ingat, Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu sekiranya mereka tidak cuba mengubah nasib mereka. deep isnt it? . Hidup ini sebuah pencarian. Bukan sekadar pencarian pasangan jodoh, tapi mengenal Dia dengan lebih baik. 
"Siapa yang mengenal Allah, dia akan mengenali dirinya" apa maksudnya itu? Allahualam. 

Berguru, berilmu, insyaAllah hidup kita lebih aman. 
Yang cuma aku mahu katakan di sini, ilmu agama itu lebih dari semunya. bukan sekadar kulit. Bukan. Nak merasa isi air dan nikmatnya, ia perlu dikupas. Cari lah cara mengupasnya dengan betul. 

Dan soal diri aku pula, aku juga masih mencari. Ayah bagi hint ilmu agama itu seperti buah kelapa. dan tuntutannya adalah mengupasnya.... InsyaAllah. dan juga.. ilmu dan iman itu untuk diri sendiri. Pandang ketentuan Allah, senyum. Pandang sifat manusia, senyum. pandang dugaan Allah, senyum. Tapi nak senyum ketika musibah tentu susahkan? Allahhualam.











◀OlderNewer▶


wallflower


"Standing on the fringes of life offers a unique perspective. But there comes a time to see what it looks like from the dance floor."
-The Perks of Being A Wallflower; Stephen Chbosky.


messages

CHATBOX HERE! width no more than 240px please.


lovelies

Friend | Friend | Friend | Friend |  Friend | Friend | Friend | Friend | Friend | Friend


Layout by: babypenguin
Best viewed in Google Chrome.
Screen resolution: 1024 x 600
Main sources: