3/18/2013 ♥ 4:40 PM // 0 comments
Wanita Wanita yang aku kenal ini telah membentuk aku hari ini. Selamat Hari Wanita sedunia (Maafkan entri ini terlewat)
Wanita Pertama
Wanita ini yang melahirkan aku pada usia nya 26 tahun. Dia yang melahirkan, dia mendidik, dia yang memberikan ku kekuatan dan dia yang mengajar tentang dunia ini. Yang ku kenal, wanita cukup tabah orangnya. Pelukan dan kasih sayangnya sentiasa ada untuk aku. Walaupun dia sentiasa di duga dengan pelbagai dugaan, dia tetap tersenyum. Malah tidak pernah meminta minta untuk segala kehendaknya. Apa yang diperoleh... dia akan bersyukur. Sanggup berhenti kerja untuk menjaga anak anaknya dan memikul tanggungjawab dengan penuh taat sebagai ibu dan isteri. Aku seringkali adore dengan sifatnya lembut hatinya. Yang menjaga dua orang iparnya yang kurang upaya walaupun pada dasarnya tiada pertalian. Dia menerima dengan hati yang terbuka malah yang di pandangnya itu adalah rahmat. Dia sentiasa berada di belakang suaminya, walaupun susah, dan dalam senang. Walaupun tiada pakaian mahal yang tersarung, namun hatinya tenang, walaupun orang berkata belakangnya dia tidak pernah ambil pusing dan sentiasa menjadi tetamu bibirnya adalah "aku lakukan ini kerana Allah"
dia adalah mama ku. :)
Wanita Kedua
Tangannya yang berkedut menjadi bahan mainan aku waktu kecil. Walaupun berkedut, aku suka mengusapnya. berkedut tanda tangan itu sudah mengusung beribu kepayahan. Aku suka dengar dia berceloteh tentang zaman jepun, Lari ke hutan menyelamatkan diri. dan suka juga aku mendengar tentang dia bercerita mengenai suaminya yang telah lama meninggalkannya menemui kekasih abadi. Matanya masih lagi lancar membaca pada usia 80 tahun dan semangatnya untuk melakukan tugasan rumah sering kali aku pandang tinggi. Masih ada hajat nak menyapu walaupun bertongkat "Exercise" katanya. Wanita ini melindungi seribu kerisauan pada wajahnya tentang cucu cucu yang meningkat dewasa. Dia yang mengajarku mengaji, dia yang mengajarku memasak dan dia yang mengajarku untuk menjadi gadis kampung. Tak terkira banyak ilmunya yang diturunkan kepada aku. hihihi
Dia adalah nenda ku ;)
Wanita Ketiga
Zaiton. Maklong ku yang cacat sedari kecil. Cacat sebelah badan kerana demam panas. Tangannya lumpuh. Orang tinggi lampai, putih. Kalau dia sehat, sudah tentu dia makcik yang paling cantik aku ada. Yang aku tahu, sepanjang aku mengenalinya dia seorang yang pendiam, tidak pernah meminta minta. Apa yang terhidang itu lah yang dia makan. Apa yang di beli oleh orang lain itu lah yang dipakai. Walaupun cacat, dia lah yang berpuluh tahun menjaga adiknya yang cacat. Boleh bayangkan yang cacat menjaga yang cacat? Jawapannya tempang. Pernah sekali aku membawanya berjalan membeli kain tudung dan dia tidak tahu apa yang ingin dipilihnya. Klu nya hanya merah jambu. Duit BRIM yang diperoleh itu juga bukan untuk orang lain, tapi untuk adiknya yang cacat jugak Aku tanya "MakLong nak beli apa" dan dia jawab " KFC untuk Mak iti. Dio Ghoma (suka) KFC". Seorang kakak yang sentiasa memikirkan kebajikan adiknya. yang mengingatkan kepada aku... fikirkan adik2 ku yang lain.
Maklongku, Zaiton Hasan
Wanita Keempat
Siti Emiyyah. Namanya cantik namun kehidupannya tidak secantik namanya. Dari kecil dia diuji oleh Allah dengan kesihatannya dan menjadi tanggungjawab pada Arwah Uwan (belah ayah). Boleh aku bayangkan betapa dalam kepayahnnya Arwah uwan membesarkan anaknya yang tidak sihat. Orang selalu bercerita Mak iti dahulunya nakal, garang, baran. itu dulu. aku pun tak mengenalinya sangat. Tapi yang aku kenal sekarang, dia seorang yang hanya mampu terlantar dan menyanyi lagu hindustan. Setiap kali aku pulang ke rumah, dia yang membuatkan aku sentiasa berfikir, betapa bertuahnya aku lahir dengan kehidupan yang sempurna sedangkan orang lain menerima dugaan yang lebih hebat dariNya. itu pun masih mendengus dan mengomel betapa susahnya hidup.
Semua yang terjadi didepan aku ini menjadikan aku rasional. berfikir lebih rasional betapa kehidupan ini ada hitam putihnya. Mereka 4 wanita ini telah banyak mengajar ku dalam sedar ataupun tidak. Yang ingin aku katakan adalah, hargai lah mereka kerana wanita wanita lazimnya mereka sanggup mengorbankan jasad dan nyawa untuk yang dikasihinya. Aku bersyukur di lahirkan dalam keluarga ini .
Selamat Hari Wanita Sedunia
Assalamualaikum
p/s: ini hanyalah nukilan hati. jangan share mana mana atau fb... hihi terima kasih kepada semua silent readers
◀OlderNewer▶
wallflower
"Standing on the fringes of life offers a unique perspective. But there comes a time to see what it looks like from the dance floor."
-The Perks of Being A Wallflower; Stephen Chbosky.
messages
lovelies
Best viewed in Google Chrome.
Screen resolution: 1024 x 600
Main sources: ▲ ▲ ▲