so here you are in pieces | trying to prove | to us it's real

ISU ANJING
7/31/2013 2:53 AM // 0 comments


Okay. first of all, i want to say that this is only from my limited view of perspective. Google, borak dengan orang yang pakar, pikir dalam dalam, critical thinking sikit , buat kajian sikit makanya... ada lah sikit yang sangkut dalam kepala ni. 

Hati ni tergerak nak menulis sebab tertonton satu video dimana seorang wanita cuba mempromosikan anjing dalam cara yang berbeza. Dia melibatkan some sensitive issue which is menggunakan Takbir Raya sebagai latar belakang video dan juga menunjukkan situasi bagaimana umat islam mengangkat air semayang. Tak tahu lah niat dia untuk tunjukkan mengambil wuduk atau tidak sebab hanya menunjukkan bahagian muka dan kaki. Walaubagaimanapun, penonton akan terus membuat andaian ia seperti mengajuk umat islam mengangkat wuduk. 

Ini telah menimbulkan kemarahan kepada umat Islam di malaysia kerana ia seperti memperlekehkan hukum hukum Islam. Terbaca juga komen komen dan melihat manusia berbalah. dan ada juga yang masih keliru dengan hukum Islam mengenai anjing. 

Saya juga mendapat tahu, dia adalah seorang dog activist dan mempunyai blog berkaitan kehidupannya dengan ajing anjing tersebut. ini adalah untuk promote anjing sebagai binatang kurniaan Tuhan juga dan harus diterima masyarakat sekeliling. 

Kata satu sumber, ia adalah untuk mengurangkan masalah cynophobia dimana cynophobia itu adalah masalah ketakutan yang teramat terhadap anjing mahupun kucing. 

Perspektif Islam berkaitan Anjing 

Menurut Islam Anjing jatuh dalam golongan najis dan dikategorikan sebagai najis berat / mughallazah. namun ia tidak haram. Anjing boleh dijadikan binatang peliharaan untuk mengawasi ternakan, ladang ataupun rumah. Tidak lebih dari itu dan haruslah di samak dengan air tanah sebanyak tujuh kali sekiranya terkena najis atau musykil tentang kebersihan.

Artikel dari utusan:

Dari sudut fiqh, suka saya kemukakan pandangan Imam al-Syafie sebagai pandangan yang terpilih dengan beberapa alasan tanpa memperkecilkan pandangan mazhab lain. Ini kerana rakyat Malaysia berpegang dengan mazhab al-Syafie.Pendapat Pertama: Anjing adalah najis keseluruhannya, sama ada kecil atau besar adalah najis, berdasarkan adanya perintah mencuci bejana yang dijilatnya sebanyak tujuh kali. Bahkan, menurut pendapat Imam al-Syafie tentang najisnya anjing ini termasuk najis mughallazah (najis berat). Sebab mencuci bejana yang kena najis tersebut sampai tujuh kali dan satu kali di antaranya harus dicampuri dengan debu tanah. Ini adalah pendapat mazhab al-Syafie dan Hanbali yang amat ketat dalam persoalan anjing. Pendapat ini diikuti umumnya kaum Muslimin di Malaysia dan yang bermazhab al-Syafie. (UTUSAN, 9/3/2012)


Terdapat dua dalil yang menjadi hujah bagi pendapat pertama ini. Dalil Pertama berdasarkan kaedah Qiyas.
Menurut mereka anjing dan babi serta yang lahir daripada keduanya adalah najis, termasuk keringatnya. Suruhan Rasulullah SAW untuk membasuh bekas yang diminum oleh anjing adalah dalil bagi menunjukkan najisnya lidah, air liur dan mulut anjing.

Memandangkan lidah dan mulut adalah anggota utama di mana tanpa lidah dan mulut haiwan tersebut akan mati kerana tidak boleh mendapatkan makanan dan minuman. Jika lidah dan mulut dikategorikan sebagai najis, maka sudah tentu lain-lain anggotanya adalah najis juga.
Selain itu, air liur anjing terhasil daripada peluhnya sendiri, maka jika peluh yang keluar daripada mulut (air liur) adalah najis, maka sudah tentu peluh yang keluar daripada seluruh badannya adalah najis juga.
Imam An-Nawawi menyebut di dalam Al-Minhaj: "Yang disebut najis itu adalah setiap cecair yang memabukkan, anjing babi dan apa-apa yang lahir daripada keduanya…" (Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini:1/110).


Kata al-Qardhawi, hukum membela anjing sebagai binatang kesayangan (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh Rasulullah. Dalilnya: Daripada Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath. (riwayat Bukhari dan Muslim dan semua ahli hadis yang lain).

Inilah juga pendapat majoriti mazhab Syafie, Hanbali, Maliki dan Zahiri (al-Majmuu', IX/234)
Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya." (Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940).

Juga daripada Ibnu Umar RA berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak. (riwayat Muslim no. 1571)"

Antara alasan-alasan fuqaha seperti Ibnu Hajar ialah
1. Ia menakutkan jiran dan orang lalu lalang di luar rumah atau orang yang mengunjunginya.
2. Berkurangnya pahala kepada pemeliharanya.
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing.
4. Ada anjing yang menjadi daripada jelmaan anjing (anjing hitam pekat).
5. Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas, demikian kata Ibnu Abdil Barr (at-Tamhid, 14/221).

Imam al-Nawawi berpendapat bahawa selain alasan untuk tiga tujuan membela anjing yang diharuskan melalui sabda baginda, iaitu boleh atau tidak membela anjing selain menjaga ternakan, menjaga tanaman dan memburu. Baginda mengharuskan sekiranya anjing itu dipelihara untuk menjaga keselamatan rumah dan tuan. Ini kerana alasan keharusan yang terdapat dalam hadis menunjukkan keperluan untuk membela anjing dengan adanya keperluan.
Namun, ini tidak bermaksud anjing disimpan dalam rumah kerana Nabi SAW telah menegaskan bahawa Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang terdapat anjing, sekali gus mengelak sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku kerana anjing.
Ini kerana tuan rumah tidak akan dapat memantau setiap gerak geri anjing sepanjang di dalam rumah. Juga dikhuatiri jilatan yang sukar dikesan bila kering. Justeru mengelak itu adalah lebih baik.




Dari sudut Saintifik 



Antaranya, kenapa najis kedua ini diwajibkan membasuhnya tujuh kali dan salah satunya dengan tanah? Sains ada jawapannya.
Sebanyak 79.7 peratus penderita barah payudara ternyata sering berdampingan dengan anjing seperti memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4.4 peratus pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Di Norway, 53.3 peratus daripada 14,401 pemilik anjing mengidap barah.
Ternyata barah pada anjing dan manusia disebabkan oleh virus yang sama iaitu mammary tumor virus (MMTV).
Dalam satu kajian oleh para penyelidik Munich Universiti mengenai kuman yang dibawa oleh anjing dan kesannya pada manusia, menunjukkan 80 peratus punca penyakit payudara berpunca daripada kuman yang dibawa oleh anjing.





Wallahualam. 
Dosa pahala, biarlah ditimbang di akhirat kelak. mungkin orang yang mencipta video itu punyai tujuan yang baik namun dia haruslah menjaga sensitiviti masyarakat. Tak semua orang mampu berfikiran positif. Ada yang menyayangi agama mereka dan hal hal ini haruslah di titik beratkan. 
Ah.. tak kiralah hal orang. Janji aku faham sikit sikit dah hukum yang selama ini tidak dipandang berat. Andai kata dia bersalah kerana merakamkan video itu, tegur dengan cara yang lembut kerana Islam itu adalah agama yang lembut untuk umatnya. ;) 


References:





◀OlderNewer▶


wallflower


"Standing on the fringes of life offers a unique perspective. But there comes a time to see what it looks like from the dance floor."
-The Perks of Being A Wallflower; Stephen Chbosky.


messages

CHATBOX HERE! width no more than 240px please.


lovelies

Friend | Friend | Friend | Friend |  Friend | Friend | Friend | Friend | Friend | Friend


Layout by: babypenguin
Best viewed in Google Chrome.
Screen resolution: 1024 x 600
Main sources: